TAJUK:
Peranan dan Sumbangan Masjid Nurul Iman kepada masyarakat di Kampung Ulu Duyung
Peranan dan Sumbangan Masjid Nurul Iman kepada masyarakat di Kampung Ulu Duyung
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101
DISEDIAKAN OLEH:
Nurul Atikah Binti Zainal
No Matrik : 2011446752
Kumpulan: ASD1Eg
PROGRAM:
Diploma Kimia Perindustrian
TARIKH HANTAR:
10 Oktober 2010
Kumpulan: ASD1Eg
PROGRAM:
Diploma Kimia Perindustrian
TARIKH HANTAR:
10 Oktober 2010
Peranan dan Sumbangan Masjid Nurul Iman kepada masyarakat di Kampung Ulu Duyung
| 1. | ISI KANDUNGAN |
| 2. | ABSTRAK |
| 3. | PENDAHULUAN |
| 4. | PENGERTIAN MASJID |
| 5. | AHLI JAWTANKUASA MASJID |
| 6. | PROGRAM MASJID |
| 7. | SUMBANGAN UNTUK MASYARAKAT |
| 8. | MASALAH DAN PENYELESAIAN |
| 9. | CADANGAN |
| 10. | PENUTUP |
| 11. | RUJUKAN |
ABSTRAK
Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud’. Sesebuah institusi masjid memepunyai peranan masing-masing dalam memakmurkan Islam di bumi Allah ini. Masjid berperanan sebagai pusat pembangunan Islam. Selain itu, sebagaimana yang kita semua tahu masjid menjadi lambang keagungan Islam. Bahkan masjid menjadi tempat percambahan ilmu pengetahuan, pusat ekonomi dan sebagainya.
PENDAHULUAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan CTU101 yang telah diberi sepanjang cuti pertengahan semester ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan pendapat mereka. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan saudara-mara yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana telah memberi saya peluang untuk mengkaji sedikit sebanyak latar belakang masjid di kampung saya. Saya telah memilih untuk mengkaji tentang latar belakang masjid di kampung saya iaitu Masjid Nurul Iman, Kampung Ulu Duyung, Jasin, Melaka. Terdapat pelbagai dan aktiviti yang dilakukan oleh pihak masjid. Selain itu, masjid ini terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
Secara keseluruhannya masjid telah memainkan peranannya dalam menyebarkan syiar Islam di kampung saya.
PENGERTIAN MASJID
Mesjid, secara bahasa, adalah tempat sujud. Adapun secara syar’i, mesjid adalah tempat yang dipersiapkan untuk digunakan shalat lima waktu secara berjamaah oleh kaum muslimin.
Akan tetapi, terkadang mesjid mempunyai arti yang lebih luas dari itu. Karenanya, tempat yang dijadikan oleh seseorang di rumahnya untuk melaksanakan shalat sunnah atau shalat wajib karena dia tidak mampu untuk shalat di mesjid, yang orang-orang mendirikan shalat berjamaah di dalamnya, dinamakan mesjid pula.
Di antara dalilnya adalah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ وَ جُعِلَتْ لِي اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَ طَهُوْرًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلّ
“Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai mesjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu shalat maka shalatlah….”
Sumber: Majalah Al-Furqon, edisi 5, tahun ke-4 1425 H.
LATAR BELAKANG MASJID
Masjid ini dibina pada tahun 1940 dan diperbaharui pada tahun 1965 hasil daripada derma orang ramai dengan mengekalkan cirri-ciri senibina masjid lama. Di puncak bumbung terdapat ragam hias yang melambangkan perhubungan antara Tuhan, manusia, dan alam sejagat yang dihubungkan melalui doa-doa dan memberikan harapan yang cukup tinggi kepada pengikutnya. Lapisan-lapisan bumbung melambangkan tasawuf islam. Lapisan pertama menlambangkan tarikat, lapisan kedua melambangkan hakikat, manakala lapisan ketiga melambangkan makrifat. Empat penjuru dan empat tiang melambangkan alam dan isi kandungannya.
AJK MASJID
PENGERUSI
SDG HAJ AZALLI BIN HJ YUSOF
NAIB PENGERUSI
AHMAD SAMSOL BIN SELAMAT
SETIAUSAHA
AHMAD QARIB BIN HJ MD AZMI
NAIB SETIAUSAHA
MOHAMAD HISHAM BIN SALLEH
BENDAHARI
HJ HAMZAH BIN HJ MD ZIN
JAWATANKUASA
-HJ RAHMAT BIN JAIB
-HJ SALLEH B NEKMAT
-EN MD YUNUS B. HJ MD JENI
-EN HASHIM B. LAMAT
-EN HASHIM B. KAMIT
-EN AHMAD B. OTHMAN
-EN SALIM B. HJ LATIF
-HJ APIT B. JONIT
-EN SAINI B.HASAN
-EN JALALUDIN B.MIHAT
PEMERIKSA KIRA 1
HJ SALEH BIN AHMAD
PEMERIKSA KIRA 2
HJ ALI BI UMAR
SENARAI PEGAWAI MASJID
IMAM 1
HJ RAJMAT BIN JAIB
IMAM 2
HJ HAMZAH BIN MD ZIN
BILAL
MALEK BIN YUSOF
NOJA
HJ ABD WAHID BIN HJ ABD RAHMAN
BILAL WANITA
-HJH UMI KALSOM BIN HJ YUSOF
-PN NORAINI BIN HASIM
AKTIVITI-AKTIVITI MASJID
1. Kelas ta’mir
- Kelas ini diadakan pada setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa. Kelas ini diadakan antara selepas waktu solat maghrib sehingga waktu solat isya’.
Ahad – Kelas Tauhid
Isnin – Kelas Tasawuf/Hadis
Selasa – Kelas Al-Quran/Tajwid
2. Sambutan hari kebesaran Islam selain dari hari Raya Adilfitri & Aidiladha.
a. Acara Tahunan dengan mengadakan ceramah (Penceramah undangan)
i. Nisfu Sya’ban
ii. Israk Mikraj
iii. Awal Muharam
iv. Majlis Solat Hajat dan Qiamulail untuk pelajar UPSR/PMR/SPM
b. Tuan Rumah Tilawah Al- Quran peringkat Daerah/Kawasan Parlimen
c. Tuan Rumah : Majlis Ilmu anjuran Majlis Agama Islam Daerah, Jabatan-jabatan Kerajaan
3. Jawatankuasa masjid telah menyediakan bekalan peralatan pengebumian jenazah bagi memudahkan orang ramai.
MASALAH DAN PENYELESAIAN
1. Jemaah yang hadir di kelas – kelas Takmir amat sedikit jika dibanding dengan bilangan penduduk yang ada.
-Mengajak lebih ramai golongan muda untuk menghadiri kelas yang dianjurkan oelh pihak masjid.
2. Tiada kawasan lapang milik masjid untuk parkir. Menumpang tanah individu disebelah masjid.
-Terdapat pihak yang baik hati menumpangkan tanahnya sementara untuk dijadikan tempat parking.
3. Ruang masjid yang terhad untuk menampung para jemaah yang ada.
-Pihak kerajaan telah member dana untuk meperluas kawasan masjid
4. Kewangan untuk pengurusan masjid hanya diperolehi dari sumbangan orang ramai pada hari jumaat, kadangkala tidak mencukupi untuk pembiayaan utiliti dan membaikpulih masjid.
-Pihak Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah member sedikit dana untuk membaik pulih keadaan masjid seperti cat dan sebagainya.
CADANGAN
Setelah melakukan kajian terhadap masjid di kampung saya, saya terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak masjid. Oleh itu, saya berharap masalah-masalah tersebut dapat diselesaikan. Malah, saya berharap pihak masjid akan mengadakan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua peringkat umur.
PENUTUP
Sebagai kesimpulan, setiap masjid memainkan peranannya masing-masing dalam menyebarkan syiar Islam di tempat masing-masing. Selain menjadi tempat beribadah, masjid menjadi tempat kegiatan sosial masyarakat.
RUJUKAN
Imam Hj Rahmat Bin Jaib, Kg Ulu Duyung, Bemban, Melaka.
![]() |
| MASJID NURUL IMAN TELAH DIIKTIRAFKAN SEBAGAI SUMBER WARISAN OLEH PIHAK MUZIUM MELAKA. |
![]() |
| LATAR BELAKANG PENUBUHAN MASJID |





